Persamaan Filem 'Pee Mak' Dan Filem 'Hantu Kak Limah'

Berikut ialah persamaan filem Pee Mak dan Hantu Kak Limah yang admin perasan. Bukan admin menidakkan kualiti Hantu Kak Limah, tetapi selepas admin tonton Pee Mak selepas Hantu Kak Limah, memang tak dinafikan bahawa memang ada persamaan yang admin perasan daripada dua filem tu.


1. Sampan menjadi elemen utama dalam filem Pee Mak. Dalam Hantu Kak Limah, sampan juga digunakan untuk babak ke rumah Khuda.

2. Hantu Mae Nak boleh memanjangkan tangannya. Ada scene hantu tu panjangkan tangannya beberapa kali. Tapi, sangat obvious ialah scene dalam sampan yang mana diperlihatkan secara jelas tangan Mae Nak yang panjang. Hantu Kak Limah pun boleh memanjangkan tangannya.

3. Gigi watak filem Pee Mak kebanyakannya hitam dan rongak. Dalam Hantu Kak Limah, gigi Hussin dan Wani juga hitam dan rongak.

4. Pee Mak ada rumah di tepi sungai. Dua buah rumah. Hantu Kak Limah ada juga rumah tepi sungai, tapi satu je.

5. Pee Mak memaparkan elemen persahabatan 5 sahabat. Hantu Kak Limah juga memaparkan persahabatan antara Husin, Wani, Yeh, Khuda dan Nayan.

6. Kebanyakan watak Pee Mak dipaparkan tidak pernah meninggalkan rakan masing-masing ketika dalam kesusahan. Diorang sedaya upaya nak beritahu Mak yang Nak sebenarnya dah mati. Elemen sama juga ada dalam filem Hantu Kak Limah.

7. Pee Mak mempunyai adegan tengok hantu celah kangkang. Hantu Kak Limah pun.

8. Pee Mak ada sami yang penakut. Hantu Kak Limah pun ada tok bomoh juga.

9. Dalam Pee Mak, ada scene kayuh sampan tapi berpusing kat situ je . Dalam Hantu Kak Limah ada scene kayuh sampan tapi tak gerak-gerak. Lebih kurang je.

Ada lagi yang sama? Yang korang perasan... Jangan lupa SHARE, TAG dan KOMEN tau.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan