Penonton Serasi Dengan Universe Kampung Pisang Punca 'Hantu Kak Limah' Box Office

Hantu Kak Limah terus menguasai carta dengan kutipan lebih RM30 juta. Hantu Kak Limah ialah sekuel ketiga dalam siri filem Hantu Kak Limah. Filem Hantu Kak Limah dibintangi pelakon baru dan lama seperti Awie, Uqasha Senrose, Zul Ariffin dan Delimawati. Astro Shaw menyatakan bahawa fenomena ini tidak pernah dijangka akan berlaku sama sekali.


Kutipan filem Hantu Kak Limah kini menjadi satu penanda aras baru yang sangat tinggi dan amat sukar ditandingi oleh mana-mana penerbit filem tempatan selepas ini. Sebelum ini, Abang LongFadil 2 yang ditayangkan pada 2017 mendominasi takhta dengan pungutan RM18.15 juta.

Dalam satu temubual bersama Berita Harian, Gayatri Su-Lin Pillai selaku penerbit filem tersebut menyatakan bahawa antara sebab kejayaan filem ini ialah keserasian penonton dengan 'universe' Kampung Pisang.
Saya sendiri sangat suka filem berlatar kampung dan saya rasa penonton akan memberi sokongan kepada cerita yang dekat dengan hati mereka. Malah, mungkin penonton sudah kenal dengan “universe” Kampung Pisang dan ini menyebabkan mereka memberi reaksi positif kepada filem ini. Lebih menarik Hantu Kak Limah adalah penonton dari bandar kecil kepada bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh,” katanya.
Selain itu, Gayatri juga tidak menafikan bahawa nama Mamat Khalid juga turut memberi kesan yang besar terhadap filem itu. Semua orang tahu bahawa Mamat Khalid sudah mempunyai kelompok peminat filemnya yang tersendiri. 

Hantu Kak Limah kini masih mengokak di pawagam. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan