Mamat Khalid Umum Sekuel Terbaru Kepada Filem 'Zombie Kampung Pisang'


Walaupun filem Hantu Kak Limah masih lagi panas di pawagam, Mamat Khalid mendedahkan bahawa sebuah lagi filem melalui siri filem Zombie Kampung Pisang akan muncul dalam masa terdekat. Zombie Kampung Pisang ialah filem pertama dalam universe Kampung Pisang yang merangkumi beberapa filem termasuklah Hantu Kak Limah.


Dunia Kampung Pisang yang dihuni oleh bunian, manusia dan juga zombie menjadi ruang kepada Mamat Khalid membina pelbagai kritikan masyarakat. Dan menyaksikan universe Kampung Pisang dikembangkan lagi adalah sesuatu yang menarik.

Mamat Khalid menyatakan tentang filem terbaru dari siri Zombie Kampung Pisang itu ketika dihubungi oleh Astro Awani. 
Kami baru lepas bermesyuarat, Insya-Allah akan ada satu lagi siri Zombi Kampung Pisang yang akan menyusul. Kami termasuk Astro Shaw akan mengisytiharkan tentang filem ini tidak lama lagi. Satu lagi siri Zombie Ultimater akan ditayangkan.
Ketika ditanya tentang dialog 'per per' yang mula viral, Mamat Khalid tidak menyangkakan tentang dialog itu yang menjadi viral Hantu Kak Limah mencatat kutipan hari pembukaan sebanyak RM1.8 juta sekaligus menjadi filem pertama dengan kutipan sedemikian. 

Hantu Kak Limah kini di pawagam. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan