Mamat Khalid Jawab Berkaitan 'Hantu Kak Limah' Yang Disamakan Dengan 'Pee Mak'


Hantu Kak Limah sudah mula ditayangkan di pawagam dan menjadi sebuah filem yang mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Filem yang menjadi sekuel ketiga daripada siri filem Hantu Kak Limah ini mendapat sentuhan moden dan lebih segar daripada filem sebelumnya yang kali terakhir diterbitkan pada 2013.


Rata-rata penonton memuji filem Hantu Kak Limah. Namun, ada juga yang menyatakan bahawa filem Hantu Kak Limah seperti meniru filem Pee Mak (2013) yang berasal dari Thailand. Pee Mak ialah sebuah filem seram komedi yang diarahkan oleh Banjong Pisanthanaku yang menjadi fenomena tersendiri. Filem Pee Mak ialah antara filem seram Thailand terlaris yang mengutip USD33 juta semasa tayangannya.
Penonton rasa sama sebab ada set rumah, sungai dan jeti. Orang mesti akan kaitkan dengan Pee Mak. Tetapi Pee Mak (2013) diterbitkan pun selepas Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010). Nak kata saya ikut dia, dia ikut saya pun susah sebab keadaan geografi di negara kita dan Thailand seakan sama. Malah, lawak pun kedengaran lebih kurang serupa cuma bahasa berbeza. Kalau kebetulan sama itu maksudnya semangat kita serumpun Ketika dihubungi Astro Gempak, Mamat Khalid menjelaskan bahawa faktor geografi dan format lawak antara Malaysia dan Thailand membuatkan persamaan secara tidak sengaja dengan filem tersebut.
Hantu Kak Limah sudah mencecah kutipan RM6.25 juta selepas empat hari tayangan. Sekuel kepada Hantu Kak Limah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) sudah mula ditayangkan di pawagam.Masih mengekalkan Dalimawati Ismail sebagai watak utamanya, Hantu Kak Limah turut dibarisi Datuk Awie, Rab Khalid, Sharwani NS, TJ Isa dan beberapa pelakon undangan seperti Zul Ariffin dan Uqasha Senrose.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan