Header Ads Widget

Ini Sebabnya Kenapa Black Adam Tidak Akan Buat Kemunculan Dalam 'Shazam!'


Kita sudah tahu bahawa Black Adam lakonan Dwayne Johnson tidak akan muncul dalam filem terbaru DC, Shazam!. Selepas Aquaman yang bakal muncul pada hujung tahun ini, DC kelihatan mahu berehat daripada menerbitkan filem superhero yang serius dan memilih untuk menerbitkan sesuatu yang lebih komikal.


Shazam! menampilkan Asher Angerl yang memainkan watak Billy Batson, seorang budak lelaki yang boleh berubah menjadi superhero Shazam lakonan Zachary Levy dengan kuasa perkataan hikmat.

Bercakap kepada Collider, president kepada produksi penerbitan Shazam menjelaskan bahawa mereka memutuskan untuk memberi Shazam dan Black Adam berada dalam filem mereka sendiri.
As we were developing an actual Black Adam and Shazam movie, we were just realizing that both characters are so special that we didn’t want to compromise either of them by cramming them both into the same movie. So that’s why we made the decision to let Shazam have his own standalone movie and kind of launch him properly, and then we’ll do the same for Black Adam. And so that kind of really freed things up. It allowed us to develop the right version of both.
Walaupun keputusan ini membuatkan peminat sedikit kekecewaan kepada peminat, ianya mungkin satu keputusan yang sesuai untuk memisahkan dua watak ini ke dalam filem masing-masing kerana dua watak yang besar tidak sesuai untuk berada dalam satu filem. 

DC sememangnya sedikit ketinggalan dalam cinematic universenya. Tetapi, sekarang ini kelihatan seperti DC sudah mula mendapat taringnya tersendiri dengan munculnya beebrapa filem yang bakal ditayangkan menjelang 2019 termasuklah Shazam! dan Wonder Woman 1984. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments