Hrithik Roshan Dan Tiger Shroff Bakal Bergandingan Dalam Sebuah Filem

Pengarah filem Siddharth Anand mengumumkan yang pelakon Hrithik Roshan dan Tiger Shroff akan bergandingan dalam sebuah filem yang masih belum diketahui tajuknya. Filem tersebut bakal menyaksikan pertamakalinya dua pelakon ini bersatu dalam sebuah filem. Filem tersebut dijangka akan ditayangkan pada Oktober 2019.


Projek tersebut akan diterbitkan di bawah syarikat produksi besar Yash Raj Films. Ianya juga akan menampilkan Vaani Kapoor. Hrithik Roshan akan melakonkan watak guru kepada watak Tiger Shroff.

Di laman Instagram, pengarah Siddharth Anand berkongsi foto dua pelakon ini bersamanya dan berkongsi keterujaan untuk berada di set penggambaran filem tersebut tidak lama lagi.


Buat masa ini, sinopsis filem ini masih belum diketahui. Apa yang pasti, gandingan dua generasi ini akan menjanjikan kehebatan tersendiri kepada filem ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan