Pelakon 'Kong: Skull Island' Akan Muncul Dalam 'Godzilla: King of Monsters'


Satu watak daripada filem Kong: Skull Island akan kembali dalam filem Godzilla: King of Monsters. Perkara itu disahkan oleh pengarah filem tersebut,Michael Dougherty di San Diego Comic-con. Namun, pengarah itu tidak mendedahkan siapakah watak tersebut dan bagaimana watak tersebut akan muncul dalam filem tersebut.


Apabila filem Kong: Skull Island tamat, beberapa karakter ditunjukkan dalam babak post-credit seperti Tom Hiddleston, Brie Larson, Corey Hawkins, Houston Brooks dan Tian Jing's San. Namun, tidak pasti mana satu daripada watak-watak ini akan muncul dalam filem ini sama ada sebagai cameo ataupun watak penting.

Perbezaan latar masa antara filem Kong: Skull Island dan Godzilla: King of Monsters tidaklah menjadi halangan besar kerana teknologi kesan khas yang sudah baik. Buat masa ini, nampaknya watak tersebut kekal rahsia selagi Godzilla: King of Monsters muncul di pawagam.

Catat Ulasan

0 Ulasan