Shah Rukh Khan Tampilkan Salman Khan Dalam Teaser Terbaru 'Zero'. Tonton Trailer Di Sini


Zero ialah sebuah filem romantik drama yang ditulis oleh Himanshu Sharma dan diarahkan oleh Aanand L. Rai. Filem ini diterbitkan oleh Red Chillies Entertainment dan menampilkan lakonan Shah Rukh Khan, Katrina Kaif dan Anushka Sharma. Filem ini menampilkan watak Shah Rukh Khan sebagai lelaki pendek yang mana jatuh cinta kepada seorang artis jelita lakonan Katrina Kaif. Anushka Sharma pula akan melakonkan watak gadis bermasalah mental.


Filem ini dirancang untuk tayangan 21 Disember 2018. Sempena Aidilfitri, teaser trailer filem Zero menampilkan Salman Khan telah dilancarkan. Jom tonton!

Catat Ulasan

0 Ulasan