Pengarah Deadpool 2 Dedah Bagaimana Celine Dion Terima Tawaran Rakam Lagu Tema


Kempen promosi filem Deadpool 2 nampaknya sememangnya gila. Daripada poster dan juga trailer, pasukan promosi filem ini nampaknya cuba untuk menampilkan kelainan yang memaparkan sifat karakter Deadpool itu sendiri yang gila-gila. Antara yang paling menarik ialah kemunculan Celine Dion untuk menyampaikan lagu tema filem itu yang bertajuk Ashes.


Dalam satu temubual bersama Variety, pengarah Deadpool 2 mendedahkan bagaimana Celine Dion berjaya dipujuk untuk tampil dan menyanyikan lagu tema filem tersebut. David Leitch menjelaskan bahawa Ryan Reynolds ialah yang betanggungjawab untuk meminta Celine Dion menyertai mereka melalui sepucuk surat yang dikirimkan kepada penyanyi itu.
Ryan took up the mantle. I think it was like celebrity to celebrity. He wrote her a really nice, impassioned letter, and she responded quickly. And so we were all stoked. We were like little girls, like ‘Oh my god! She’s going to do it! She’s going to do it!’ So it was very exciting.
Walaupun ada yang keliru tengan muzik video Ashes, David Leitch menyatakan bahawa kerjasama ini ialah satu perkara yang bagus untuk sebab-sebab tertentu.
There was no other person that we could really think of that fits the DNA of Deadpool. She’s an iconic singer, an incredible voice. But she also kind of fits in our world. And wow, what a great sense of humor, what a professional. It was such a fun time shooting that video. One of my favorite experiences on set, and I’ve been doing movies for 20 years.
David Leinch juga menyatakan usaha promosi Deadpool 2 yang luar biasa ini nampaknya sudah berbayar apabila para peminat sudah mula merasakan kelainan filem ini. Deadpool 2 akan mula ditayangkan di pawagam bermula 16 Mei 2018!

Catat Ulasan

0 Ulasan