Fox Studios Padam Lawak Disney Dalam Filem 'Deadpool 2'



Ryan Reynolds, pelakon dan juga penerbit filem Deadpool 2 mendedahkan bahawa filem tersebut mengandungi lawak sindiran terhadap Walt Disney Pictures. Namun, akhirnya lawak itu dipotong oleh 20th Century Fox. Filem pertama Deadpool terbit pada tahun 2016 menjadikan filem tersebut antara yang mencatat kutipan tertinggi dalam francais X-Men.


Dalam satu temubual bersama Entertainment Weekly, Reynolds mendedahkan tentang sumbangannya sebagai penulis bersama disamping Rhett Reese dan Paul Wernick. Dia mendedahkan perihal lawak sindiran Disney yang dipotong.
This is a sore spot for me because there’s a joke in the movie that is not in the movie now because — I’m probably not even allowed to say this — Fox made me take it out. It had more to do with Disney, and they made me take it out. As I look back at it, I think maybe that was a wise decision.
Adalah tidak diketahui lawak apakah yang dipotong itu, namun, Deadpool cuba untuk menjadi antara watak superhero yang memecah tembok tradisi filem superhero. Walaupun Fox kini sudah dibeli oleh Disney, masa depan Deadpool dalam dunia superhero masih lagi samar-samar. Ramai penonton percaya bahawa X-Men mungkin akan menyertai MCU. Namun, hal ini akan menyebabkan Deadpool tidak seganas ini lagi.
I really genuinely don’t know a thing about it. I read that [chairman and CEO] Bob Iger felt that there’s plenty of room in that universe to have a rated-R character like Deadpool. This is completely conjecture on my part, but I wouldn’t imagine that Disney bought Fox to dismantle it or something like that. I think that Disney bought Fox so it could have that in its arsenal.
Apapun masa depan Deadpool, semestinya watak ini antara watak yang paling unik dalam sejarah filem superhero. Kan? 

Catat Ulasan

0 Ulasan