Blu-ray 'Deadpool 2' Akan Diterbitkan Dalam Versi Extended Cut

Deadpool 2 sememangnya sebuah filem superhero yang luar biasa dalam pelbagai sudut. Seperti mana yang diketahui, Deadpool 2 ialah sebuah filem klasifikasi R-rated. Dan dengan keseronokan Deadpool memberikan jenakanya, semestinya para penonton mahukan sebuah filem yang lebih panjang daripada tayangan di pawagam.


Cinemablend mengesahkan dalam satu temubual bersama pengarah Deadpool 2, David Leitch bahawa versi Extended Cut akan dapat dinikmati dengan tambahan 13 minit lebih panjang daripada versi pawagam.
There's an extended cut. And I think that they may want to spin that out as a special thing, but right now I'm sort of... we're taking our time, and it's going back to the 'director cut,' and then sort of collaborating with Ryan [Reynolds], Rhett [Reese], and Paul [Wernick], and making sure we're all getting all the jokes we want - to have it be fun and our sort of fun collaboration.
David Leitch mengesahkan bahawa akan ada banyak fokus kepada watak Domino. Malah, babak montaj bunuh diri Deadpool akan dimasukkan juga. Ya, memang kita nampak adegan bunuh diri dalam filem tersebut, namun sebenarnya Deadpool menggunakan pelbagai cara lain untuk mati juga. Malah, ada juga lawak yang tidak berjaya dimasukkan dalam versi pawagam yang akan disertakan sekali dalam versi Extended Cut.
The suicide scene is in there, and there's a scene in the mansion in the kitchen over breakfast. There's some extra Domino stuff. There's a lot of fun little bits, and then a lot of alts! We're looking for every place we can put an alt.
Nampaknya, keterujaan para penonton untuk menunggu versi Extended Cut mungkin akan makin membara. Deadpool 2 kini sudah mula ditayangkan di pawagam berdekatan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan