Babak Palsu Dari Trailer Sengaja Direka Untuk Sembunyikan Kejutan Besar 'Deadpool 2'

Penulis bersama Deadpool 2, Rheet Reese mendedahkan bagaimana Deadpool 2 cuba untuk memperdayakan penonton bagi menyembunyikan kematian beberapa watak X-Force dalam filem tersebut. Deadpool 2 ialah sebuah filem yang dinantikan ramai kerana kisahnya yang unik.


Sepanjang pembikinan filem tersebut, Ryan Reynolds dan studio 20th Century Fox sedaya upaya untuk menyembunyikan spoilers yang mana boleh merosakkan filem tersebut dengan sentiasa melakukan prosedur biasa seperti pengumuman pelakon dan lainnya. Walaupun keterujaan ini berjaya mencipta hype di kalangan penonton, spoiler filem ini nampaknya berjaya dijaga.

Antara satu cara untuk menjaga babak kelakar yang mana menjadi kejutan penonton ialah babak pengenalan watak X-Force dalam trailer kedua filem ini. Kejutannya, semua watak X-Force mati tak sampai beberapa minit sebelum sempat beraksi! Hampeh!

Jadi, untuk memberikan ilusi kononnyaX-Force memainkan peranan yang besar dalam filem tersebut, Reese menceritakan bahawa pihak Fox mengarahkan beberapa pelakon untuk melakonkan babak palsu untuk trailer walaupun ianya tidak akan dimasukkan dalam filem sebenar.
We had actors who were really generous, and they were willing to shoot footage that they knew and we knew wasn’t going to end up in the movie, but was only going to be in marketing material. So we had Terry Crews out there fighting stunt guys, knowing that it was only going to be in commercials — and we did use it, it’s in commercials and it’s in trailers. It was all to help mislead the audience on this big gag. It was very elaborately constructed to make sure people bought it.
Nampaknya, penonton percaya dengan promosi ini dan diharapkan janganlah korang salahkan pihak Fox kerana hal ini. Namun begitu,walaupun karakter tersebut mati dengan tragisnya, ianya tidaklah akan mati selamanya kerana Deadpool mampu kembali ke masa lalu untuk menyelamatkan mereka. 

Catat Ulasan

0 Ulasan