Ahmad Idham Tarik 'Qhaliq' Dari Pawagam, Beri Peluang Kepada 'Dukun'

Ahmad Idham, pengarah filem Qhaliq yang bakal tampil dengan filem terbarunya, Qhaliq menarik kembali tayangan filem bombanya itu apabila ianya bertembung dengan filem Dukun yang muncul tiba-tiba. Surat permohonan itu telah dihantar kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kerana bimbang filem itu terjejas dengan adanya kewujudan filem Dukun pada tarikh sama.


Bercakap di sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Ahmad Idham menolak alasan penarikan ialah kerana bimbang persaingan berlaku. 
Persoalan saya mengapa filem Dukun masuk secara saat akhir. Saya tertanya adakah filem ini melalui proses yang betul sama seperti filem-filem lain. Tujuan utama saya juga adalah untuk memastikan semua pihak menerima layanan sama rata. Jujurnya bukan niat utama saya untuk menutup laluan filem Dukun untuk ditayangkan tetapi tujuan utama saya adalah untuk memberi sepenuh sokongan kepada filem ini. Jadi saya memohon agar filem Qhaliq ditarik semula dan ditayangkan pada tarikh yang berbeza.
Ahmad Idham juga menyatakan bahawa kesan tayangan dua filem Melayu serentak pada masa sama sebenarnya memberi kesan negatif kepada penerbit filem kecil. 
Tiada istilah saya takut akan persaingan, saya sebenarnya tidak kisah jika filem saya tidak dapat sambutan. Saya lebih risaukan budaya mengapa filem kita perlu bersaing sedangkan kita tak perlu bersaingan. Persoalan saya juga mengapa sistem yang kita ada kini membenarkan perkara ini berlaku. Apa yang akan berlaku kepada penerbit-penerbit kecil kita pada masa hadapan.
Dukun, filem arahan Dain Said yang diterbitkan pada tahun 2006 diharamkan tayangannya setelah sekian lama. Pada tahun ini, filem itu diluluskan dan selepas 12 tahun, akhirnya ia akan ditayangkan di pawagam. Kisah yang diinspirasikan daripada pembunuhan berprofil tinggi itu membariskan pelakon hebat seperti Umie Aida, Bront Palarae, Nam Ron dan ramai lagi.





Catat Ulasan

0 Ulasan