Header Ads Widget

Pengarah Jelaskan Dua Babak Ditambah Dalam 'Pacific Rim: Uprising' Selepas Test Screening


Pengarah filem Pacific Rim: Uprising, Steven S. DeKnight mendedahkan dalam satu temubual perkara yang diubah selepas tayangan test screening yang dijalankan sebelum filem ditayangkan kepada umum. Pengarah ini mengambil baton daripada pengarah asal, Guillermo del Toro dan sekaligus menjadi filem pertama yang diarahkannya.


Filem kali ini menampilkan John Boyega dan Scott Eastwood dan mengisahkan serangan kaiju selepas 10 tahun tragedi di dalam filem pertama.

Bercakap kepada Collider untuk mempromosikan filem ini, DeKnight menjelaskan bahawa dia banyak mempelajari bagaimana untuk membentuk filem ini selepas test screening yang dijalankan. Sebelum test screening, bahagian prolog awal yang menampilkan watak Jake Pentecost menceritakan kisahnya sebenarnya tidak ada. Babak itu ditambah selepas mendapat beberapa pandangan daripada penonton yang menyaksikan test screening filem ini.
When we tested the movie, one of the biggest comments we got was, ‘I don’t know where I am in the world. I liked the first movie, but I saw it five years ago. I don’t really remember it.’ So we talked about just doing a crawl, words on screen. But we thought, ‘Yeah, I think we can do better than that.’ So we came up with an idea of a fun introduction to Jake and his life, so we ended up doing that as additional photography.
Selain babak prolog yang dimasukkan selepas pendapat dari penonton dari test screening, satu lagi babak yang dimasukkan dalam filem Pacific Rim: Uprising selepas test screening ialah babak Jake Pentecost dan Nate Lambert berbual di dapur. Babak ini yang kelihatan tidak penting sebenarnya ingin menunjukkan perhubungan antara dua watak ini dengan lebih dalam.
We felt like their characters never really got a chance to explore their relationship and show that. Although they were butting heads, they still cared about each other. They were old friends. But they still needed something there, because without it, it was just two guys bickering with each other.
Malangnya, Pacific Rim: Uprising kelihatan gagal untuk menyaingi filem pertama yang mengumpul USD411 juta keseluruhannya. Dengan review yang negatif dan juga beberapa plot hole yang agak banyak, filem ini nampaknya mungkin bakal menutup peluang untuk filem ketiga muncul. 


Post a Comment

0 Comments