Ant-man 3 Kini Dalam Proses Perancangan


Pelakon Michael Pena mungkin telah mendedahkan bahawa Marvel Studios sedang dalam proses untuk membikin filem Ant-Man 3. Ketika ditemubual oleh IGN untuk promosi filem 12 Strong, Michael Pena menyatakan bahawa dia mungkin dapat menyertai team produksi filem Ant-man 3.

We talked about it on the first day. It’s a whole different kind of club to be in, the Marvel Universe. I don’t know if they’ll use me for the third movie, I still really don’t know. It’s cool to make a little bit of a mark on that Marvel Universe and it’s kind of a cool club, they run a really cool studio.
Ant-man ialah satu daripada enam filem MCU yang menjadi sebahagian daripada francais tersebut. FIlem Captain Marvel, Doctor Strange dan Black Panther kelihatan akan mendapat trilogi mereka sendiri.  

Para peminat masih lagi belum menonton filem Ant-Man and the Wasp kerana ianya masih belum ditayangkan. Namun, ura-ura tentang filem ketiga ini menunjukkan betapa yakinnya Marvel dalam melengkapkan trilogi Ant-man.

Catat Ulasan

0 Ulasan