Tyrese Gibson Takkan Sertai 'Fast & Furious 9' Jika The Rock Kembali

Nampaknya, perbalahan pelakon Tyrese Gibson dan The Rock kembali panas. Terbaru, pelakon itu mendedahkan bahawa dia takkan kembali untuk melakonkan wataknya dalam Fast & Furious 9 sekiranya Dwayne Johnson kembali bersama filem itu lagi. Ini ialah antara kenyataan terbaru selepas kenyataan yang dikeluarkan pada awal bulan dahulu di sosial media.


Perang Tyrese dan The Rock bermula semenjak filem Fast & Furious 9 dianjak ke tahun 2010 untuk memberi laluan kepada filem spin-off watak Hobbs. Perkara itu disuarakan pelakon itu menerusi instagramnya.



Sebelum ini, pelakon Vin Diesel juga pernah menghadapi masalah dengan The Rock ketika penggambaran filem Fast 8. Namun, Vin Diesel bijak untuk menanganinya supaya memastikan filem Fast 8 sempurna dan diterima peminat. Baru-baru ini, Vin Diesel mengesahkan bahawa Justin Lin dan Jordana Brewster akan kembali untuk dua lagi filem francais ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan