Justin Lin Bakal Arah 'Fast & Furious 9', Jordana Brewster Akan Kembali



Pengarah filem Fast & Furious, Justin Lin akan kembali untuk mengarahkan francais terbesar Universal Studios itu. Justin Lin sebelum ini mengundurkan diri untuk terlibat dalam filem itu selepas filem Fast & Furious 6. Perkara ini disahkan oleh Vin Diesel ketika satu sesi Live Chat di Facebook. Sudah pasti, ini menggembirakan peminat francais itu. 


Malah, pelakon Jordana Brewster juga akan kembali selepas disenyapkan buat seketika selepas Fast & Furious 7 dek kerana perubahan plot filem disebabkan kematian aktor Paul Walker. Namun begitu, persoalannya bagaimana untuk watak Mia kembali bergabung dengan kisah ini masih belum diketahui. Perlu anda tahu bahawa watak Brian masih 'hidup' dalam dunia Fast & Furious dan Mia masih sah sebagai isteri Brian. 

Walaupun berita ini sedikit mengembirakan peminat, mahu tak mahu, kita terpaksa menunggu sedikit lama untuk filem ini ditayangkan kerana memberi ruang kepada spin-off filem tersebut yang bakal dilakonkan oleh The Rock dan Jason Statham. Fast & Furious 9 yang dirancang untuk ditayangkan pada 2019 kini dianjak ke tahun 2020 menyebabkan sedikit pergaduhan antara Tyrese Gibson dan The Rock.


Catat Ulasan

0 Ulasan