Komplot WB Mahu Tendang Zack Snyder Sebelum 'Justice League'

Warner Bros dilaporkan mempertimbangkan untuk memecat Zack Snyder daripada filem Justice League selepas filem Batman vs Superman: Dawn of Justice gagal. Studio yang mana menerbitkan filem DCEU melancarkan filem yang membesarkan dunia superhero DC itu melalui Batman vs Superman, Suicide Squad dan Wonder Woman. Dan semua filem itu menuju ke hala tuju sama, Justice League.


Pasukan superhero DC itu popular apabila mereka dimulakan pada awal 60an. Adaptasi ke filem nampaknya menyebabkan para penonton kecewa apabila berlaku konflik antara visi Snyder dan juga Joss Whedon. Dan semuanya boleh berbeza jika Warner Bros mendengar cakap para eksekutifnya.

The Wrap melaporkan bahawa beberapa orang eksekutif studio tersebut berjumpa dengan presidet Warner Bros, Greg Silverman untuk menendang keluar Zack Snyder dari projek Justice League dek kerana kegagalan filem Batman vs Superman. Walaupun Silverman tidak membuang Zack Snyder daripada projek tersebut kerana ianya akan mengganggu projek besar itu. President bersama DC Films, Jon Berg sentiasa memantau produksi Justice League untuk beberapa bulan supaya bajet filem tersebut cukup. 

Para penonton yang menonton filem Justice League menyatakan filem tersebut berbeza daripada asalnya. Malah, kelihatan bahawa orang atasan lebih mempunyai kuasa untuk membuat filem berbanding Zack Snyder sendiri. Dan untuk menyembunyikan agenda ini, Zack Snyder dikekalkan sebagai pengarah sehinggalah dia terpaksa berundur kerana masalah peribadi (anaknya bunuh diri). 

Walaupun Justice League kurang menyerlah, DCEU kelihatan baru sahaja bermula. Tahun 2018, Aquaman akan muncul pada December 2018. Filem Shazam dan juga sekuel Wonder Woman juga akan muncul pada tahun 2019.

Catat Ulasan

0 Ulasan