Ben Affleck Dicaj Curi Batarang Dari Set 'Justice League'



Pelakon yang memegang watak Batman, Ben Affleck menyatakan bahawa dia telah dicaj sejumlah amaun oleh pihak Warner Bros kerana telah 'mencuri' batarang daripada set filem tersebut. Perkara itu diceritakan oleh Affleck sendiri dalam rancangan The Late Show with Stephen Colbert ketika Stephen Colbert menanyakan bahawa pelakon filem tersebut boleh menyimpan prop yang digunakan dalam filem tersebut.


Affleck secara berjenaka menyatakan bahawa ada beberapa barang yang tertinggal di set seperti batarang dan lain-lain. Ben Affleck secara tak sengaja tidak mengetahui bahawa batarang di set sedang berada di tangannya.

Pelakon itu juga mempertahankan dirinya dengan menyatakan bahawa dia hanya tahu bahawa batarang itu hilang selepas pihak studio menghubunginya. Ben Affleck menceritakan hal itu:
 “I kept getting these phone calls from the prop department, like, ‘You sure you haven’t found any of that stuff yet?'”
Batarang yang digunakan oleh Batman dalam filem Justice League bukanlah murah. Ben Afflek menegaskan bahawa tak mungkin dia akan mencurinya jika dia tahu.
“You can’t exactly have been stealing if you got been billed for it, which is what happened to me. Turns out batarangs aren’t cheap!”
Walaupun Affleck tidak menyatakan jumlah yang dicaj oleh Warner Bros kepadanya, nampaknya ianya semestinya jumlah yang besar daripada bayaran yang diterimanya. Walaupun ianya hanyalah perkara yang kecil, ianya antara kenangan Ben Affleck sepanjang berlakon sebagai Batman di dalam filem superhero DCEU. Tapi, kalau batmobile yang kena curi, sudah pastinya ianya perkara lebih besar dari hilangnya sebiji batarang.

Klik sini jika anda ingin baca ulasan Suka Filem tentang Justice League.

Catat Ulasan

0 Ulasan