Skrip 'Edge of Tomorrow 2' Siap, Jadual Pelakon Pula Bermasalah

Skrip filem Die Live Die Repeat and Repeat kini sudah siap sepenuhnya. Namun, masalah yang membelenggu sekarang ini ialah penjadualan. Liman sebelum ini pernah bekerja bersama-sama dengan penulis skrip Christopher McQuarrie, Jez Butterworth, dan John-Henry Butterworth untuk membawa novel Jepun Hiroshi Sakurazaka iaitu “All You Need Is Kill” untuk dihidupkan di layar perak pada tahun 2014.

Meskipun filem yang berjudul “Edge of Tomorrow” tidaklah box-office, respons yang memukau dari penonton dan kritikan cukup meyakinkan bagi mereka untuk mengejar sekuel seterusnya.


Sayangnya, semejak McQuarrie yang kini sibuk dengan penggambaran “Mision Impossible 6”, dia tidak dapat memberikan komitmen untuk menyiapkan lakonlayar filem itu. Walau bagaimanapun, di bawah pengawasannya, penulis lakonlayar Race Joe Shrapnel dan Anna Waterhouse berjaya menghasilkan sebuah sekuel yang sesuai dengan penamat filem pertama dan sekaligus mengubah gaya pembikinan sekuel sesebuah filem.

Tom Cruise dan Emily Blunt kedua-duanya mengesahkan pengelibatan mereka untuk memainkan peranan masing-masing sebagai Major William Cage dan Sarjan Rita Vrataski. Sekarang ini, mereka hanya menunggu masa untuk penjadualan penggambaran sahaja. 

Dough Liman yang sibuk mempromosikan filem terbarunya, American Made memberitahu Collider tentang perkembangan filem sekuel Day of Tomorrow itu.
“Tom and Emily and I are really excited to go do it. We have a script. We’re just trying to find a time to schedule it, between my schedule and Emily’s and Tom’s. But it’s one of these things where it’s a sequel whose origins come from the best possible place, which is, it’s not a studio saying, ‘Hey, we think we can make some more money. Let’s just stamp out another one.’ This sequel originated with fans of the original film who continually came up to Tom and myself and Emily and told us how much they loved the movie and would we ever consider a sequel. And enough people said that to me and to Tom and to Emily that we finally sat down and said, ‘What would a sequel even look like?’ We ended up with Chris McQuarrie coming up with a great story.”
Tom Cruise, pelakon utama filem Day of Tomorrow kini sibuk dengan filem Mission Impossible 6. Selepas itu pula, pelakon itu akan sibuk untuk berlakon filem sekuel Top Gun: Maverick. Emily Bluny pula sibuk dengan Mary Poppins Returns yang sudah masuk post production dan selepas ini, dia akan berlakon filem Sherlock Gnomes dan juga A Quiet Place. 

Dough Liman nampaknya terpaksa mencari masa yang sesuai untuk membawakan dua pelakon itu kembali ke dalam filem sekuel yang dirancangnya. Nampaknya, kita akan menunggu agak lama untuk sekuel Day of Tomorrow untuk menjadi kenyataan.





Catat Ulasan

0 Ulasan