Jared Leto Bintangi Filem Biopik Pengasas 'Playboy'

Pelakon yang memegang peranan sebagai Joker dalam filem Suicide Squad akan memegang peranan sebagai pengasas Playboy, Hugh Hefner. Filem biopik tersebut akan diarahkan oleh Brett Ratner yang sebelum ini popular dengan filem Rush Hour.


Hugh Hefner meninggal dunia pada usia 91 tahun dan mencetuskan pelbagai perdebatan tentang legasi Playboy. Empayar Playboy bermula semenjak 1950an dengan terbitnya majalah Playboy yang mana menjadi fenomena kerana menampilkan model yang berbogel. Kemudian, Hefner menjadi bintang realiti dalam rancangan The Girls Next Door, sebuah rancangan di E! yang mana memaparkan bakal model seluruh Amerika yang cuba untuk mencapai impian mereka di Playboy Mansion.

Brett Ratner sebenarnya sudah cuba untuk membuat filem berkenaan Hefner semenjak 2007. Ketika itu, pelakon yang popular dengan watak Iron Man dikhabarkan terlibat dengan filem tersebut. Namun, sekarang, nampaknya Jared Letto menjadi pelakon yang bakal terlibat dengan filem tersebut kelak. Ratner bercakap kepada The Hollywood Reporter kenapa dia memilih Letto untuk memainkan peranan ikon itu:

“Jared is an old friend. When he heard I got the rights to Hef’s story, he told me, ‘I want to play him. I want to understand him.’ And I really believe Jared can do it. He’s one of the great actors of today.”
Jared Letto memang terkenal dengan gaya lakonan yang dikenali sebagai 'method acting'. Ianya ialah teknik lakonan dimana si pelakon menjadi watak yang dia bakal lakonkan tidak kira di depan kamera atau tidak. Kadangkala, pelakon bersedia untuk mengubah fizikal mereka hanya untuk memenuhi tuntutan watak.


Perjalanan filem biopik ini masih jauh. Jared Letto juga bakal membintangi filem Suicide Squad 2 sebagai Joker. Malah, pelakon ini juga bakal membintangi filem Joker dan Harley Quinn yang bakal disiapkan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan