Filem Solo 'Deathstroke' Bakal Diarahkan Pengarah 'The Raid'

Pengarah filem Indonesia yang memaparkan aksi silat, The Raid, kini menjadi pilihan untuk menjadi pengarah filem solo watak Deathstroke. Berdasarkan sumber dari The Wrap, Warner Bros sedang cuba untuk menyunting pengarah itu kerana bakatnya dalam mengarahkan filem bercorak aksi tempur bela diri.


Deathstroke dikhabarkan akan menjadi watak antagonis utama dalam filem The Batman. Namun, rancangan itu diubah apabila Matt Reeves mengambil alih projek tersebut. Ini sekaligus memberikan kekecewaan kepada pelakon watak Deathstroke yang sudah dipilih iaitu Joe Manganiello. Namun, bertitik tolak daripada perubahan ini, Joe Manganiello bakal memegang watak Deathstroke dalam filemnya sendiri.

Bagaimana filem Deathstroke bermula mungkin unik untuk diceritakan. The Wrap melaporkan bahawa Gareth Evans dilaporkan berjumpa dengan Warner Bros untuk mengarahkan filem Justice League Dark, sebuah filem animasi namun memilih untuk menolak. Gareth Evan kemudiannya menggunakan peluang itu untuk pitch idea untuk filem solo Deathstroke dan berjaya membuatkan pihak studio kagum sekaligus membuatkan Warner Bros memuakan perancangan untuk filem solo Deathstroke.

Gareth Evan memang antara pengemar tegar Deathstroke:


A post shared by Gareth Evans (@ghuwevans) on

Pastinya para penggemar filem aksi dapat membayangkan bagaimana Deathstroke bakal beraksi dalam filem tersebut. Namun, buat masa ini, ianya masih di peringkat perancangan lagi. Sudah pasti, Gareth Evan tidak akan melupakan pelakon seperti Iko Uwais dan juga Yaya Ruhian untuk dimasukkan ke dalam filem berkenaan.

Semoga filem Deathstroke menjadi kenyataan.

Catat Ulasan

0 Ulasan