Adakah Watak Thandie Newton Seorang Imperial Officer?


Foto terbaru daripada pengarah Ron Howard bersama Thandie Newton di set filem Han Solo memberikan klu yang menyatakan bahawa pelakon Westworld itu mungkin akan memegang watak sebagai Imperial Officer dalam 'universe' Star Wars. Dengan ketiadaan promosi berkenaan filem Han Solo, banyak perkara masih lagi tersembunyi. Hanya foto dari pengarah ini sahaja yang menjadi ikutan para peminat untuk mengikuti perkembangan filem tersebut. 


Di dalam foto tersebut, Newton bergambar sambil dipeluk Ron Howard. Kelihatan seperti Ron Howard menutup satu lencana di pakaian Newton. Jika uniform tersebut menunjukkan yang Newton memang seorang Imperial Officer, ianya membawa kita kepada soalan siapakah antagonis filem tersebut yang bakal di hadapi Han Solo.

Han Solo bakal ditayangkan May 2018. 


Catat Ulasan

0 Ulasan