Filem Asal Usul Watak Joker Tidak Berkait Dengan DCEU

Sekarang semuanya sudah jelas bahawa filem asal usul Joker akan dibikin di luar konteks filem DC Extended Universe. Bulan lepas ada khabar berita menyatakan bahawa Warner Bros dan DC sedang merancang sebuah filem yang akan menyelami dunia Joker. 

Namun, filem ini tidak akan menjadi prequel kepada watak Joker lakonan Jared Letto dalam Suicide Squad. Malah, ianya tidak akan ada kaitan dengan dunia DC Extended Universe. 


Walaupun pada awalnya ianya mengelirukan, potensi berkaitan filem Joker ini menarik minat penonton yang merasakan ianya sesuatu yang menarik. 

Pengarah filem The Hangover dan War Dogs, Tod Phillips bakal mengarahkan filem tersebut. Martin Scorsese pula bakal menjadi penerbitnya. 

Warner Bros bercita-cita tinggi untuk membawa Leonardo DiCaprio untuk melakonkan watak Joker yang ikonik ini. Penggambaran pula bakal dijalankan bermula tahun depan. 

Ketika satu temubual bersama Vulture berkenaan masa depan dunia filem superhero DC, disahkan bahawa filem asal usul Joker akan menjadi universe  baru yang tidak berkait dengan universe DCEU. 

Warner Bros bercadang untuk membina filem superhero yang mana boleh berdiri sendiri dan tidak akan berkait antara satu sama lain. Gelaran untuk siri filem superhero ini akan diberitahu kelak. 

Informasi ini memberi kita lebih ruang untuk melihat bagaimana filem superhero DC akan diterjemahkan ke layar. 

Catat Ulasan

0 Ulasan