Tarikh Tayangan Star Wars 9 Ditunda, Bakal Bersaing Dengan Wonder Woman 2

Berikutan pengambil alihan kerusi pengarah oleh J.J Abrams untuk mengarahkan Star Wars 9, studio Lucas Film mengumumkan yang tarikh tayangan filem Star Wars 9 yang dijadualkan pada Mei 2019 terpaksa ditunda kepada 20 Disember 2019.




Tarikh baru itu diberikan oleh Lucas Film supaya J.J Abrams dapat memberikan cerita yang lebih baik. Malah, bulan itu juga dipilih kerana berdekatan dengan Krismas dan cuti. Namun begitu, Star Was 9 akan menghadapi persaingan sengit daripada Wonder Woman 2 yang dijadualkan akan ditayangkan pada 13 Disember 2019.


Para peminat yang menunggu filem sekuel Han Solo tidak perlu kecewa kerana filem tersebut masih dijadualkan untuk ditayangkan pada Mei 2018. 

Nampaknya, gelanggang filem Disember 2019 menyaksikan Wonder Woman vs Star Wars! Yeah...

Catat Ulasan

0 Ulasan