Header Ads Widget

Syamsul Yusof Kasi Hint Rosyam Nor Akan Kembali Dalam 'KL Gangster 3'

Syamsul Yusof memberi hint bahawa watak gangster paling ganas dalam filem KL Gangster 2, Tailong lakonan Rosyam Nor akan membuat comeback dalam filem KL Gangster 3. Ini disahkan menerusi sebuah foto dari laman Instagram Syamsul Yusof sendiri yang memaparkan pengarah filem Munafik itu bergambar bersama pelakon Rosyam Nor.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan apakah peranan watak Tailong dalam filem ketiga KL Gangster ini besar atau tidak. Jika diingat kembali, Tailong sudah pun mati di dalam filem KL Gangster 2. Namun, adakah kematian Tailong ini menjadi pencetus kepada kejadian di dalam KL Gangster 3 tidak dapat disahkan buat masa ini.

Rosyam Nor ialah antara pelakon hebat yang berjaya memberi aura yang hebat untuk filem KL Gangster. Wataknya yang digambarkan begitu kejam dan juga tidak berperikemaknusiaan berjaya menimbulkan rasa geram dan tidak puas hati di kalangan peminat.


Filem KL Gangster 2 yang diterbitkan pada 2013 menelan belanja RM4.5 juta dan berjaya memenangi 2 daripada 7 pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke 26. Filem tersebut merupakan prekuel kepada filem KL Gangster yang diterbitkan pada 2011.

Menerusi KL Gangster 3, Syamsul Yusof dilihat cuba untuk menyambung garis masa yang agak kucar-kacir diantara filem KL Gangster dan KL Gangster 2 serta siri KL Gangster Underworld. Filem ini bakal menjalani penggambaran pada penghujung Februari 2022. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments