Header Ads Widget

Salman Khan Umum Bakal Bikin Sekuel Untuk 'Bajrangi Bhaijaan'

Pelakon bertubuh sasa, Salman Khan megumumkan akan membikin sekuel kepada filem box office lakonannya, Bajrangi Bhaijaan. Perkara itu diumumkan ketika pelancaran filem terbaru arahan S.S Rajamouli, RRR. Perkara ini mungkin akan membuatkan peminat filem teruja menunggu sekuel kepada filem yang diterbitkan pada tahun 2015 itu. 



Bajrangi Bhaijaan merupakan sebuah filem berkisar tentang seorang anak kecil, Shahida dari Pakistan yang tersesat. Pawan Kumar Chaturvedi (Salman Khan) menjumpai anak kecil tersebut dan cuba membawanya pulang kembali ke Pakistan.

Filem pertamanya berjaya mencatatkan kutipan memberansangkan daripada bajet sekitar USD12 juta. Ianya turut laris dan meruntun air mata penonton yang menyaksikannya. 

Untuk sekuel, skrip filem ini bakal ditulis oleh K.V Vijayenda Prasad yang merupakan ayah kepada pengarah S.S Rajamouli. K.V. Vijayendra Prasad juga merupakan penulis lakonlayar untuk filem Bajrangi Bhaijaan.

Buat masa ini, tiada sinopsis didedahkan. Persoalan yang lebih besar ialah adakah watak Shahida akan kembali atau tidak? Apapun, berita ini memang mengujakan para peminat filem Bollywood. 

Tiada tarikh tayangan diumumkan buat masa ini. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments