Header Ads Widget

'Gila Gusti' Bakal Tampilkan Aksi Lincah Penggusti Berhijab Pertama Malaysia!

Filem Gila Gusti bakal menampilkan satu kelainan apabila bakal memberikan aksi lincah penggusti berhijab pertama dari Malaysia. Filem yang dihasilkan dengan kerjasama APAC Wrestling bersama Lomo Pictures Sdn. Bhd ini merupakan filem pertama seumpamanya menampilkan gusti profesional di layar perak.


Mungkin ramai yang tidak mengenali penggusti berhijab Nor 'Phoenix' Diana. Namanya mungkin terkenal bagi penggemar gusti Malaysia, namun bagi peminat filem Malaysia, ianya masih asing. Filem Gila Gusti sekaligus akan memperkenalkan ahli gusti tempatan dengan lebih meluas lagi.

Nama sebenar Nor 'Phoenix' Diana ialah Syaradeeba Khamarulzaman. Dia menyertai perlawanan gusti pertamanya pada Februari 2017 dan dilatih oleh Ayez Shaukat Fonseka sendiri pada usia 16 tahun. 

Filem Gila Gusti mengisahkan dua orang sahabat, Mamat dan Zul yang obses terhadap gusti. Mereka membantu ahli gusti bernama Naga yang tewas dalam satu perlawanan untuk memenangi kembali kejuaraannya yang lalu.

Diarahkan oleh Silver Chung yang terkenal dengan filem-filem VCD di era awal 2000, filem ini turut menampilkan pelakon hebat seperti Syafie Naswip, Elizabeth Tan, Dato' Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments