Selepas Filem 'Kaabali', Rosyam Nor Bakal Hadir Dengan Filem Hong Kong 'G Storm'

Selepas muncul sebagai watak yang agak penting dalam filem Kaabali di samping Rajinikanth, pelakon dan juga penerbit filem, Dato Rosyam Nor bakal hadir dengan filem Hong Kong pertamanya, G Storm. G Storm merupakan francais kepolisan yang agak terkenal dan filem dengan penglibatan Rosyam Nor ini merupakan filem kelima dalam francais tersebut.


NAK TONTON G-STORM FREE KAT PAWAGAM? ISI JE GOOGLE FORM NI 

Filem G Storm membariskan pelakon hebat dan menampilkan Louis Khoo yang sememangnya sinonim dengan francais ini. Francais Storm bermula dengan Z Storm (2014), S Storm (2016), L Storm (2018) dan P Storm (2019).

Menurut Rosyam Nor, penggambaran filem ini dijalankan ketika Malaysia sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas. 

G Storm diarahkan oleh David Lam yang bakal mengisahkan tentang kes pemerdagangan manusia. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 31 Disember 2021. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan