Header Ads Widget

Andy Serkis Terbuka Untuk Kembali Berlakon Reboot Filem 'Planet of the Apes'

Planet of the Apes ialah antara francais filem yang cukup panjang tempoh masanya di Hollywood. Filem pertama francais tersebut diterbitkan pada 1968 dan kemudiannya berterusan dengan beberapa sekuels dan reboot. Pada 2001, filem ini telah mendapat remake arahan Tim Burton. Selepas itu, trilogi yang menampilkan Andy Serkis turutt diterbitkan.

Dalam satu temubual berasama The Hollywood Reporter, Andy Serkis mendedahkan yang dia cukup menggemari francais berkenaan. Jika ada filem terbaru dan dia ditawarkan untuk berlakon, pastinya dia akan menerima. Namun, dia berkata yang ianya akan melihat kualiti skrip sebelum menerima tawaran tersebut.

Gosh. Look, I love that universe, and playing Caesar throughout those three films was an amazing part of my life. So I suppose it all comes down to story and character. If it was an amazing story and an amazing script, I certainly wouldn’t turn it down without thinking about it seriously. I’ll put it that way.

Filem terakhir dalam francais Planet of the Apes berakhir dengan kematian watak lakonan Andy Serkis sendiri sekaligus menampakkan yang pelakon itu mungkin tidak akan kembali untuk watak yang sama, jika ada di masa hadapan.

Pada Februari 2020, ada ura-ura menyatakan yang francais Planet of the Apes akan diteruskan dengan kisah legasi Caesar. Namun, buat masa ini berita itu hanyalah sekadar khabar angin kerana tidak ada kemaskini terbaru sehingga artikel ini ditulis.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments