Gerald Butler Sahkan 'Den Of Thieves 2' Mula Penggambaran Awal Tahun 2022

Pelakon Gerald Butler mendedahkan yang sekuel kepada filem Den of Thieves bakal menjalani penggambaran pada awal tahun 2022. Filem terbitan tahun 2018 tersebut mengisahkan sepasukan unit elit polis yang cuba untuk menghentikan cubaan rompakan bank.



Filem yang dibintangi oleh Gerald Butler, 50 Cent, O'Shea Jackson Jr dan ramai lagi diarahkan oleh Christian Gudegast yang sebelum ini pernah menulis lakonlayar untuk filem London Has Fallen.

Bercakap kepada UNILAD dalam mempromosikan filem terbarunya, Copshop, Gerald Butler mendedahkan status terkini sekuel berkenaan. 

We’re supposed to shoot early next year. We’re Europe-bound, we’re still on the hunt for Donnie who’s now on the diamond district in Marseilles. I go over to hunt him down, but with different intentions than you might imagine. So we’re gonna be in Marseilles, the Alps and London – it’s definitely a more glamorous journey than the last one, and probably a more fun, sexy journey.\

Christian Gudegast bakal kembali sebagai penulis lakonlayar dan juga pengarah filem ini. Filem sekuel yang kini diberi tajuk Den of Thieves: Pantera ini tururt menampilkan Gerald Butler sebagai penerbit kepada filem berkenaan. Setakat ini, 50 Cent sudah disahkan akan kembali melakonkan wataknya dari filem pertama.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan