Header Ads Widget

Vin Diesel Halang Dwayne Johnson Dari Muncul Dalam 'Fast & Furious 10'

Fast and Furious 10 sudah siap sedia dengan tarikh tayang mereka iaitu pada 7 April 2023. Para peminat semestinya sudah bersedia apabila filem ini bakal berakhir pada filem ke sebelas nanti. Fast & Furious sudah bertapak di dalam dunia wayang selama lebih 20 tahun dan mencipta rekod mereka tersendiri.



Selain francais asal, filem Fast & Furious juga mempunyai spin-off untuk watak Hobbs & Shaw yang mencipta perbalalahan di kalangan pelakon-pelakon asal francais berkenaan. Setakat ini, Dwayne Johnson mengesahkan yang dia takkan muncul dalam dua filem terakhit Fast & Furious tetapi tetap akan tampil melakonkan wataknya dalam sekuel Hobbs & Shaw.

Laman Wegotthiscovered melaporkan bahawa Dwayne Johnson bukanlah menolak untuk muncul dalam dua filem terakhir Fast & Furious. Tetapi, Vin Diesel yang menghalang pelakon tersebut untuk muncul dalam dua filem terakhir francais berkenaan. 

Perbalahan antara Vin Diesel dan Dwayne Johnson bermula apabila Universal Studios memilih untuk menayangkan filem Hobbs & Shaw pada 2019 sehingga filem Fast & Furious 9 terpaksa ditangguhkan hampir setahun. Memburukkan keadaan, situasi pandemik menyebabkan Fast & Furious 9 ditunda lagi ke tahun 2021. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

1 Comments