Header Ads Widget

Tony Jaa, Megan Fox, 50 Cent Sertai Barisan Pelakon 'Expendables 4'

Sylvester Stallone sudah siap sedia untuk menjalani penggambaran filem The Expendables 4 pada Oktober ini. Filem keempat dalam francais The Expendables ini akan menampilkan gandingan pelakon yang sudah biasa dengan filem aksi tetapi pertamakalinya menyertai barisan pelakon The Expendables. The Expendables bermula pada 2010 dan mempunyai dua buah sekuel.

Lionsgae telah membuat pengumuman bahawa Megan Fox, Tony Jaa dan juga penyanyi rap 50 Cent akan turut menyertai barisan pelakon filem ini. Dolph Lundgren dan Randy Couture akan turut kembali melakonkan watak daripada filem-filem terdahulu.

Semestinya, Sylvester Stallone dan Jason Statham akan kembali untuk melakonkan watak mereka dari filem pertama. 

Buat masa ini, Lionsgate tidak mengumumkan sebarang tarikh tayangan untuk filem ini. Namun, semestinya ianya akan ditayangkan sama ada pada 2022 mahupun 2023. Buat masa ini, sama ada beberapa lagi nama dari filem terdahulu akan kembali melakonkan watak mereka masih tidak diketahui.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

1 Comments