Adik Pelakon Baru Dan Influencer, Tak Payah Tunjuk 'Longkang' Kalian - Aaron Aziz

 Pelakon popular Aaron Aziz menempelak sikap segelintir pelakon baru dan juga influencer yang sibuk selfie menayangkan 'longkang' mereka di media sosial. Nasihat itu diberikan melalui sebuah mesej ringkas dalam sebuah gambar yang dikongsi di timeline Facebook. 



Walaupun status itu tidak ditujukan kepada pelakon yang khusus, nampak jelas bahawa Aaron Aziz ingin menasihat pelakon baru yang lebih menunjukkan rupa dari bakat.


Ada benar juga apa yang diluahkan oleh Aaron Aziz tersebut. Rata-rata pelakon baru dan juga influencer sibuk untuk menayangkan badan mereka tanpa menghiraukan maruah dan juga adat resam rakyat Malaysia. 

Dilahirkan pada 1976, pelakon dengan nama penuh Aaron Mustapha bin Aziz ini menempah nama di Singapura pada awal 2000 dengan siri Cinta Bollywood sebelum namanya meniti di bibir rakyat Malaysia pada sekitar 2004.

Aaron Aziz pernah membintangi pelbagai filem dan siri mega yang cukup popular. Antara filem yang menaikkan namanya ialah Evolusi KL Drift (2008), KL Gangster (2011), Ombak Rindu (2011) dan Lari (2013).

Status sindiran Aaron Aziz yang ditujukan kepada para pelakon baru dan influencer itu sudah dipadam daripada laman fanpage pelakon berkenaan. 





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan