Tiada Dinosaur Kacukan Yang Buat Penampilan Dalam 'Jurassic World 3'

Filem terbaru dalam francais Jurassic World tidak lagi akan menampilkan dinosaur kacukan sepertimana ditampilkan dalam dua filem terdahulu. Perkara ini disahkan oleh pengarah filem ini sendiri, Collin Trevorrow dalam satu temubual bersama Screenrant untuk mempromosikan filem berkenaan yang bakal ditayangkan kelak.



Filem Jurassic World merupakan kesinambungan daripada siri filem Jurassic Park yang menyaksikan pelakon Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard menggalas tugas untuk membawa karakter baru dalam dunia dinosaur era moden berkenaan. Filem Jurassic World kemudiannya diteruskan dengan Jurassic World: Fallen Kingdom pada 2018.

Jurassic World: Dominion yang mengambil latar masa empat tahun selepas kejadian filem kedua. Selepas ditunda beberapa kali kerana coronavirus, filem ini akhirnya akan ditayangkan di USA kelak pada 2022. 

Menurut pengarah, filem ini tidak akan menampilkan dinosaur kacukan lagi seperti filem terdahulu atas beberapa sebab: 
I just felt like we'd done it. We had hybrids in the first two movies and we have them in Camp Cretaceous. I don’t know, it didn’t feel tonally right with this movie. This movie is much more of a science thriller than the others. I really wanted to focus on dinosaurs that really existed. That’s what made me fall in love with this franchise in the first place. And I love there’s a generation that’s super into the hybrids. A lot of young kids who came up watching Jurassic World really love them, and I love that we got to do them. But real dinosaurs are awesome; they don’t need to be hybrids to be awesome.
Dinosaur kacukan telah memberikan aura fiksyen pada francais filem ini. Penampilan dinosaur kacukan juga turut menjadi alur cerita kepada siri animasi Netflix, Jurassic World: Camp Cretaceous yang mana menjadikan penceritaannya lebih menarik. Nampaknya, melalui Jurassic World: Dominion, filem ini mungkin mahu menggembalikan fakta tentang dinosaur dan bukan hanya fiksyen semata mata.

Jurassic World: Dominion merupakan filem terakhir dalam francais Jurassic World. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan