Adakah 'Zack Snyder's Justice League: Justice Is Gray Ada Penambahan Babak?

 Filem Zack Snyder's Justice League akan tampil dengan edisi hitam putih yang diberi nama Justice Is Gray. Edisi baru ini bakal memperlihatkan babak-babak filem Justice League yang diedit semula dengan warna baru yang sedikit retro. Perkara ini sudah diumumkan Warner Bros semenjak November 2020 lagi.



Snyder pernah menyatakan yang warna hitam putih dan juga frame kotak 4:3 adalah lebih dekat dengan jiwa Zack Snyder. Perkara ini bukanlah kali pertama dalam industri perfileman Hollywood. Sebelum ini, filem Mad Max: Fury Road pernah diterbitkan dalam edisi Black & Chrome Edition untuk pasaran Blu-Ray. Logan juga pernah diterbitkan dalam edisi hitam putih yang diberi tajuk Logan Noir.

Namun, ada yang bertanya tentang pertambahan scene dalam edisi ini. Hal ini disebabkan babak Joker mengucapkan dialog 'we live in a society' tiada dalam versi Zack Snyder's Justice League.

Jawapannya, penonton mungkin akan sedikit kecewa kerana versi Justice Is Gray hanya memaparkan versi editing yang sama dengan versi warna. Menurut Screenrant yang sudah menonton lebih awal di HBO Max, filem ini hanya mempunyai perubahan title sahaja dengan penambahan phrasa Justice Is Gray.

Justice Is Gray akan ditayangkan untuk pasaran Malaysia melalui HBO Go mulai 3 April 2021. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan