Paul Walker Akan Turut Muncul Dalam Filem 'Fast & Furious 10'


Filem Fast & Furious 9 masih belum ditayangkan. Tetapi, banyak ura-ura menyatakan bahawa filem ke sepuluh francais megah dari Universal Studios ini bakal diterbitkan. Fast & Furious 9 ditunda dari tayangan tahun ini kepada tahun 2021 kerana penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. 



Sumber WGTC yang menyatakan bahawa Ryan Reynolds mempunyai cameo dalam filem Hobbs & Shaw kini melaporkan bahawa watak Brian lakonan Paul Walker turut akan kembali untuk filem Fast & Furious 10. Dikatakan bahawa Fast & Furious 10 ialah filem terakhir francais ini yang bermula pada 2001. 

Walaupun buat masa ini agak awal untuk menduga bagaimana Fast & Furious 10 bakal dikisahkan, kita berharap bahawa filem Fast & Furious 9 bakal ke pawagam dan mengutip kejayaan yang hebat seperti filem-filem sebelumnya.

Paul Walker meninggal dunia pada 2013 selepas terlibat dalam kemalangan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan