Mark Ruffalo Bakal Ditawar Berlakon Dalam 'Parasite' Versi Siri TV

Filem Korea, Parasite nampaknya menjadi filem pertama dari negara Asia yang berjaya menempa nama memenangi anugerah Filem Terbaik pada anugerah Oscar. Dan kini, beberapa sumber melaporkan bahawa HBO kini dalam proses merangka siri TV berdasarkan filem berkenaan. Walaupun dalam proses awal, Mark Ruffalo kini dalam perkiraan pihak produksi untuk terlibat dengan siri tv berkenaan.


Menurut sumber, siri tv itu mungkin bakal ada lima hingga enam episod dan akan berdasarkan filem berkenaan. Namun, buat masa ini, sama ada plotnya hampir sama dengan filem asal atau diubah untu kesesuaian atmosfera Hollywood, semuanya masih tidak dapat ditentukan. 


Berkemungkinan proses menentukan pelakon akan siap sepenuhnya pada tahun depan. Buat masa ini, Mark Ruffalo mungkin antara pelakon yang nampak sesuai untuk memegang watak dari filem asal untuk siri berkenaan. Tetapi, kena ingat, pemilihan pelakon masih belum siap sepenuhnya.

Parasite sudah mencecah kutipan USD165 juta seluruh dunia. Dan kini, kutipan akan terus naik kerana kemenangan filem tersebut di Oscar. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan