Ryan Reynolds Mahu Sekuel '6 Underground' Berkisar Pasal Rompakan

Michael Bay akhirnya kembali dengan filem terbarunya yang bukan dari francais filem Transformers, 6 Underground. Filem yang buat pertamakalinya menyaksikan Michael Bay bekerjasama dengan pelakon Ryan Reynolds dan juga penstriman Netflix menelan belanja sebanyak USD 150 juta dan menjadi antara filem aksi bajet besar pertama seumpamanya di Netflix.



Walaupun mendapat reaksi negatif untuk perjalanan ceritanya, rata-rata menyatakan bahawa filem ni mempunyai aksi yang cukup gah. Banyak aksi yang real dan ganas menjadikan 6 Underground karya Michael Bay yang mungkin digemari penggemar filem pengarah ini yang sudah memahami bagaimana Michael Bay bekarya.

6 Underground bukan sahaja sekadar filem biasa. Malah, Netflix merancang untuk menjadikannya sebuah francais aksi khas untuk laman penstrian itu. Dalam satu temubual bersama Screenrant, Ryan Reynolds mendedahkan bahawa dia mahukan sekuel filem ini berkisar tentang rompakan.6

Underground 2? I don’t know, I think it’d be fun to just get some sort of Thomas Crowne vibes in there, like an old-school kind of heist. Like Eastern Europe kind of heist movie.

Jika Netflix memberi lampu hijau untuk sekuel filem ini, kita mungkin boleh menyaksikan impian Ryan Reynolds tercapai. Buat masa ini, tidak ada lagi maklumat berkenaan sekuel filem ini walaupun filem ini hanya menceritakan satu daripada sembilan misi yang bakal dilakukan oleh team Ryan Reynolds.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan