Reboot Filem 'Power Rangers' Bakal Berlatarkan Era 90an

Filem Power Rangers yang diterbitkan pada tahun 2017 nampaknya bukanlah sebuah filem yan berjaya. Ianya hanya berjaya mengaut untung sebanyak USD 140 juta sahaja dan mendapat ulasan yang sederhana dari penonton filem. Maka, disebabkan hal itulah, filem ini nampaknya bakal direboot sekali lagi.



Hollywood Reporter mendedahkan bahawa reboot filem ini kini sedang dalam pembikinan. Pengarah yang dipilih untuk mengendalikan filem ini ialah Jonathan Entwistle yang juga menjadi pengarah kepada filem The End of F---ing World. Walaupun masih belum didedahkan siapakah yang bakal menjadi pelakon filem ini, Hollywood Reporter mendedahkan bahawa plot filem ini bakal berlatarkan era 90an.

Plot filem yang bakal ditulis oleh Patrick Burleigh akan melibatkan elemen time travel yang mana akan membawa hero kita ke era tersebut. Hero kita pula perlu mencari cara untuk kembali ke era masa kini dan juga menghadapi pelbagai masalah di era tersebut.

Buat masa ini, kita masih menunggu siapakah antagonis filem ini. Nanti kitorang akan update. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan