TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Marina Mahathir Anggap Filem 'Mahathir: The Journey' Memalukan Keluarga


Filem berkenaan tokoh terkenal, Tun Dr. Mahathir yang diberi tajuk Mahathir: The Journey nampaknya mendapat tentangan daripada anak kepada Tun Dr. Mahathir sendiri, Marina Mahathir. Marina yang mengetahui berita tentang pembikinan filem berkenaan memberi respon balas di Twitternya dan tidak menggemari kisah biografi ayahnya difilemkan kerana disifatkan memalukan. 


Yusof Kelana, penerbit filem berkenaan turut mengulas kenyataan Datin Paduka Marina menerusi MStar;

Filem ini dibuat untuk menceritakan bagaimana perjuangan Tun Dr Mahathir dan bukannya mengenai kisah Marina. Namun, watak Marina perlu ada kerana merupakan sebahagian keluarga Tun Mahathir. Sebenarnya, selepas pelancaran filem ini, kita ada hubungi pembantu Marina, bahkan pelakon watak tersebut iaitu Ning Baizura juga ada menghubunginya. Memandangkan ini adalah kisah sebenar mengenai Tun Mahathir, jadi watak-watak di sekelilingnya juga perlu ada. Semua watak, jalan cerita, skrip dan lokasi adalah sama dan tidak akan diubah.

Filem biopik ini diterbitkan selepas kejayaan filem dokumentari M For Malaysia dan bakal diarahkan oleh Hatta Azad Khan. Ianya dijangka tayangannya pada Julai 2020 nanti sempena hari lahir ke 95 tokoh berkenaan. 

Dalam satu majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, Azhar Amir akan memegang watak sebagai Tun Mahathir manakala Fauziah Latif pula akan memegang watak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah. Pelakon lain yang turut terlibat dalam filem ini ialah Hilal Azman (Dato' Seri Anwar Ibrahim,), Dian P. Ramlee (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah Anwar, Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Harminder Singh (Gobind Singh Deo)

Filem ini menelan belanja sebanyak RM6 juta dan bakal memulakan penggambaran pada Disember ini. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

M. Night Syamalan Dalam Perbincangan Untuk Arahkan Filem MCU

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'