TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Malaysia akhirnya sudah mempunyai filem bertemakan silatnya yang tersendiri. Meskipun ramai yang kurang menggemari teknik penceritaan, rata-rata penonton memuji inisiatif pengarah baru, Areel Abu Bakar untuk mempamerkan filem berkonsep silat dengan aksi pertarungan yang cukup mendebarkan.



Malah, filem yang hanya menampilkan Namron dan Azlan Komeng sebagai pelakon terkenal dan selebihnya pelakon baru yang mempunyai background silat cukup mendebarkan. Sudah pasti filem ni tidak mempamerkan lakonan yang mantap tetapi aksinya mampu menutup segala kelemahan itu.

Bercakap kepada Harian Metro, pengarah filem ini menyatakan bahawa sekuel filem Geran akan diterbitkan walaupun filem ini gagal menambat hati penonton.
Saya sudah mempunyai perancangan sejak awal untuk menghasilkan Geran 2, kerana tujuan utama menerbitkan filem ini adalah mengangkat seni silat. Sekurang-kurangnya saya dapat menunjukkan kepada generasi sekarang silat juga seni mempertahankan diri perlu dicuba oleh semua anak muda.
Azlee Abu Bakar mendedahkan juga bahawa dia terpaksa melabur duitnya sendiri sebanyak RM700 ribu kerana ketiadaan penaja untuk filem ini. Namun, buat masa ini, Geran dilihat mampu mengutip kutipan yang memberansangkan walaupun tidak mampu menandingi filem-filem lain yang sedang ditayangkan di pawagam.

Apapun, kita berharap Geran 2 mempunyai kualiti yang lebih baik daripada Geran. Sudah pasti dengan adanya reaksi positif terhadap filem pertama, pasti masalah modal untuk menerbitkan Geran 2 tidak akan menjadi masalah lagi.  


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Marina Mahathir Anggap Filem 'Mahathir: The Journey' Memalukan Keluarga

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Drive (2019)

'No Time To Die' Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

Ulasan Filem: Dendam Pontianak (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'