Warner Bros Bikin 'The Matrix 4' Sebab Tak Nak Keanu Reeves Sertai MCU Atau DCEU


Keanu Reeves kini kembali gemilang setelah namanya pudar beberapa tahun lepas. Semuanya gara-gara watak lakonannya dalam filem John Wick yang berjaya memberi namanya sinaran. Dan seperti biasa, lamaran untuk lakonan bagi pelakon lejen ini sudah pasti melimpah ruah. Di zaman dimana filem pawagam lebih dikenali melalui dunia MCU dan DCEU, sudah pasti Marvel Studios dan DC berebut untuk mengambil pelakon ini.


Terdahulu, Kevin Feige pernah melaporkan bahawa dia mahukan pelakon itu  sebagai sebahagian dari watak dalam dunia Marvel Cinematic Universe. Namun, watak untuk Keanu Reeves belum lagi dapat ditentukan buat masa ini. Pada masa yang sama, Keanu Reeves juga dimahukan oleh DC yang mahu dia melakonkan watak John Constantine.

Ada khabar angin yang menyatakan Warner Bros memilih untuk membuat The Matrix 4 hanya untuk tidak memberi ruang kepada DC dan Marvel Studios untuk mengambil pelakon berkenaan untuk menyertai projek filem mereka. Namun, dimana pun Keanu Reeeves berada, dengan popularitinya yang sekarang ada, pastinya penonton tak kisah pun jika dia tidak menyertai DC mahupun MCU. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan