Kutipan 'Avengers: Engame' Versi Re-release Masih Gagal Atasi Kutipan 'Avatar'

Filem Avengers: Endgame nampaknya masih gagal untuk melawan kutipan Avatar walaupun filem ini ditayangkan semula dengan beberapa penambahan bermula 29 Jun yang lalu. Filem yang menghimpunkan pelbagai watak dan bercerita tentang usaha menumpaskan Thanos ini kini dalam proses untuk menjadi filem dengan kutipan tertinggi.


Sayangnya, kutipan Avengers: Endgame dijangka gagal untuk mencantas Avatar yang masih mengungguli carta. Sumber box-office Mojo mendedahkan bahawa Avengers: Endgame dengan penambahan post-kredit hanya berjaya meraih tambahan kutipan sebanyak USD 7, 800, 00 sahaja.

Jumlah keseluruhan kutipan Avengers: Endgame sebanyak USD 2,764,881,856 masih gagal menandingi kutipan Avatar sebanyak USD 2,787,965,087.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan