Tonton Post-Credit 'Avengers: Endgame' Re-release Yang Sudah Bocor Di Media Sosial


Walaupun demam Avengers: Endgame sudah hampir reda, dan para peminat sudah beralih kepada filem Spider-man: Far From Home, nampaknya dengan release semula filem Endgame buatkan peminat menonton kembali filem tersebut di pawagam untuk menambah kutipan bagi menjadi filem nombor 1 di di dunia!


Endgame tidak ditayangkan di pawagam-pawagam kecil dan tayangan terhad di sesetengah pawagam sahaja di Malaysia. Kebanyakannya juga kecewa dengan aspek tambahan yang tidak banyak dan tidak berbaloi untuk ditonton. Seperti biasa, post-kredit filem ini sudah bocor di laman online dan boleh ditonton walaupun kualitinya tak seberapa.



Mungkin bagi sesetengah orang, menonton semula Avengers: Endgame mungkin antara perkara yang ditunggu-tunggu. Tetapi, ada juga yang merasakannya ianya ialah pembaziran masa kerana filem tersebut sudah pun basi apabila Spider-man: Far From Home bakal memulakan tayangannya beberapa hari lagi.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan