TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Vin Diesel Terlibat Dalam Pembikinan Sekuel Filem 'Avatar'

Pelakon Fast and Furious, Vin Diesel mendedahkan bahawa dia kini terlibat dalam filem Avatar arahan James Cameron. Sekuel kepada filem Avatar yang diterbitkan pada tahun 2009 itu bakal memberikan persepsi baru terhadap dunia sinema apabila empat sekuel filemnya dibikin serentak. Terdahulu, Avatar mengutip lebih USD 2.7 billion sepanjang tayangannya pada tahun 2009.


Filem sekuel pertama Avatar yang dikhabarkan diberi tajuk The Way of Water, bakal memperlihatkan dunia bawah laut dunia Pandora. Filem ini akan menampilkan Sam Worthington yang bakal melakonkan wataknya, Jake Sully. Zoe Saldana juga akan turut kembali melakonkan watak Neytiri.



Vin Diesel mungkin akan menjadi watak dalam salah satu daripada empat sekuel filem Avatar. Atau mungkinkah wataknya juga akan berada dalam semua sekuel tersebut, tidak pasti. Namun, keterujaan Vin Diesel digambarkan di dalam video yang dimuat naik di laman Instagramnya dan semestinya para peminat takkan sabar menantikan apakah watak lakonannya di dalam filem sekuel Avatar kelak. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Telan Belanja RM20 Juta, 'Bakara' Pertaruh Kisah Benar Tragedi Black Hawk Down

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Filem 'Dolittle' Dijangka Bakal Gagal Teruk Di Pawagam

Reboot? Remake? Sekuel? Prekuel? Spin- Off? Cross-Over? Apa Tu?

Ulasan Filem: The Irishman (2020)

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Geran (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

'Wira' Kini Sebahagian Daripada Universe Filem [SPOILER ALERT]