11 Orang Penonton Kantoi Rakam Filem 'Avengers: Endgame' Dalam Wayang


Seramai 11 orang penonton filem Avengers: Endgame di pawagam di Johor diberi amaran oleh KPDNHEP Johor apabila mereka melakukan rakaman terhadap filem berkenaan yang mula ditayangkan semalam. Avengers: Endgame merupakan sebuah filem dunia Marvel Cinematic Universe yang ditunggu-tunggu semua dan menjadi bualan seluruh dunia.


Bercakap kepada Harian Metro, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Hairul ANur Bohro berkata bahawa tindakan itu dilakukan bagi mencegah cubaan untuk merakam di dalam panggung wayang.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan walaupun ada laporan menyatakan bahawa seorang wanita ditangkap kerana merakam di dalam pawagam. Avengers: Endgame kini sudah ditayangkan di pawagam dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan