Stephen Chow Sahkan 'Kung Fu Hustle 2' Kini Bakal Menjalani Pengggambaran

Stephen Chow, pengarah filem komedi The New King of Comedy yang ditayangkan sempena Tahun Baru Cina 2019 mengesahkan bahawa filem sekuel kepada filem kung fu komedi, Kung Fu Hustle 2 bakal menjadi realiti.Perkara ini disahkan oleh Stephen Chow sendiri ketika temubual bersama Apple Daily bagi mempromosikan filem terbaru.


Namun, Kung Fu Hustle 2 bukanlah sekuel yang berkesinambungan daripada filem pertama yang diterbitkan pada tahun 2004. Sebaliknya, sekuel itu berkisar tentang watak baru tetapi masih berada dalam universe filem yang sama. 

Kung Fu Hustle 2 mungkin akan menyaksikan Stephen Chow akan muncul hanya sekadar cameo. Filem sekuel itu juga dikatakan akan berlatar belakangkan zaman moden. Buat masa ini, tiada lagi tarikh tayangan filem sekuel Kung Fu Hustle 2. 

Untuk info, Kung Fu Hustle yang diterbitkan pada tahun 2004 mengutip USD102 juta berbanding kos pembikinan yang hanya berjumlah USD20 juta! Filem itu juga mendapat pujian penonton dan juga mengondol lima anugerah di Golden Horse Awards dan enam anugerah di Hong Kong Film Awards.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan