TRENDING

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Spin-off 'Aquaman' Bertajuk 'The Trench' Kini Dalam Proses Perancangan


Warner Bros kini dalam proses untuk membikin filem spin-off kepada filem 'Aquaman' yang diberi tajuk The Trench. Filem yang berkonsepkan seram itu kini dalam proses pembikinan skrip oleh Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald. The Trench ialah sebahagian daripada dunia bawah laut yang dipaparkan di dalam filem Aquaman.


Filem The Trench dikatakan mempunyai aura seram yang berbeza. James Wan dan Peter Safran akan menjadi penerbit dengan bajetnya diperuntukkan pada kadar sederhana. Tiada watak daripada filem Aquaman akan munculkan diri dalam filem ini.

The Trench mungkin akan mengubah hala tuju DCEU yang mana buat pertama kalinya, filem DCEU tidak menampilkan superhero. The Trench hanya muncul beberapa ketika sahaja di dalam filem Aquaman dan menjadi antara bahagian bawah laut yang menyeramkan yang mungkin mempunyai cerita yang lebih dalam.

Tiada lagi maklumat tentang watak apa yang bakal dipaparkan. Buat masa ini, kita harapkan yang The Trench mungkin dapat menjadi satu lagi batu loncatan untuk DCEU bergerak maju.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Bayaran Terbesar Robert Downey Jr. Untuk Filem 'Avengers: Endgame' Didedahkan

RDJ Merupakan Satu-Satunya Avengers Yang Membaca Skrip Penuh 'Endgame'

Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'

Pelakon Francais Filem 'Taxi', Dahulu dan Kini

Filem Sony Tahun 2022 Bakal Tayang Di Netflix Selepas Habis Tayangan Pawagam

Keanu Reeves Pernah 'Dipenjara' Hampir 11 Tahun Kerana Tolak Untuk Berlakon 'Speed 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Reboot Filem 'Power Rangers' Bakal Berlatarkan Era 90an

Ryan Reynolds Tak Nak Berlakon Bersama Scarlett Johansson Dalam MCU

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]