TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Filem 'Keluarga Iskandar' Akan Memulakan Penggambaran Penghujung Februari


Penerbit siri komedi Keluarga Iskandar mengumumkan bahawa filem Keluarga Iskandar akan memulakan penggambaran pada penghujung Februari di Majlis Pelancaran filem tersebut yang berlangsung pada 13 Februari yang lalu. Filem yang bersambung daripada musim kedua siri komedi ala mockumentary itu bakal mengembalikan zaman kegemilangannya sekitar tahun 2012 dan 2015.


Sitkom Keluarga Iskandar memulakan tayangan musim pertama pada tahun 2012 di Astro Prima dan berjaya dibawa sehingga musim kedua yang disiarkan di Astro Warna. Siri yang berkisar tentang keluarga arwah Haji Iskandar dan Mak Jah berjaya mencuit hati penonton dengan karenah bersahaja keluarga tersebut.

Wan Hasliza Wan Zainuddin akan bertindak selaku pengarah Keluarga Iskandar The Movie. Pelakon yang diumumkan bakal membintangi filem ini ialah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Azhar Sulaiman, Iz Ilham, Khaireesya Kemal, Raja Ema, Wan Rania Humairah, Mustaqim Mohamed dan Wan Adam Danish. 

Filem ini dijangka akan selesai menjalani penggambaran sekitar September. Buat masa ini, tiada tarikh tayangan yang diberikan. Apapun, kita berharap filem Keluarga Iskandar versi filem bakal menarik penonton untuk menonton kesinambungan siri tv itu di pawagam. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Marina Mahathir Anggap Filem 'Mahathir: The Journey' Memalukan Keluarga

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Drive (2019)

'No Time To Die' Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

Ulasan Filem: Dendam Pontianak (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton